Program ini bermatlamat untuk membina keyakinan dan membantu keupayaan diri bagi melahirkan graduan yang mempunyai kebolehan menilai estetika pada persekitaran. Menanam kefahaman dan penghayatan tentang tradisi setempat dan warisan. Keunggulan program ini ialah penggabungan seni dan rekabentuk, warisan, pengurusan dan keusahawanan di dalam kurikulumnya. Program ini menawarkan tujuh (7) pengkhususan iaitu;
- Elektif : Rekabentuk Komunikasi Visual
- Elektif : Rekabentuk Perindustrian
- Elektif : Pengajian Skrin
- Elektif : Tekstil Fesyen
- Elektif : Multimedia
- Elektif : Seni Halus
- Elektif : Animasi
Pengurus Seni/ Penyelidik Seni/ Pensyarah Seni/ Guru Seni/ Usahawan/ Artis/ Ilustrator/ Pereka (Multimedia/ Komunikasi Visual/ Grafik/ Produk/ Perabot/ Fesyen/ Tekstil)/ Pereka Seni Visual/ Animator/ Perunding Seni/ Pereka Laman Web/ Freelancer
Program ini bermatlamat menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan yang mendalam, kemahiran pelbagai, kemahiran pemikiran kritis, kreativiti dan inovasi dalam bidang senibina dalaman dan antara disiplin, pemahaman kontekstual, keusahawanan dan profesionalisme yang akan menyumbang dalam bidang alam bina. Program ini juga bertujuan melengkapkan graduan dengan kemahiran untuk mengamalkan senibina dalaman termasuk pemahaman tentang teknologi, konteks profesional, budaya dan rekabentuk dalaman di mana kemahiran boleh digunakan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.
Arkitek Dalaman/ Pensyarah/ Pendidik/ Tutor/ Pegawai penyelidik/ PegawaiTadbir Diplomatik/ Pembantu Pegawai Senibina/ Usahawan dalam Industri Senibina Dalaman/ Penyelia Tapak/ Pakar Model Kesenibinaan/ Pelukis Pelan/ Jurufoto Kesenibinaan/ Pereka Perabot.
Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian) menyediakan satu wadah terbaik kepada pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang bahasa, disamping melengkapkan mereka dengan kemahiran komunikasi berfokus kepada bidang perniagaan dan keusahawanan selaras dengan kehendak pasaran semasa.
Ahli Perniagaan/ Pemasaran Umrah dan Haji/ Pengurus Syarikat Penterjemahan/ Pengurus Syarikat Pelancongan/ Guru/ Pensyarah Bahasa / Pentadbir/ Pegawai Tadbir/ Penyelidik Sosial/ Wartawan/ Pengurus Program/ Jurnalis/ Pegawai Pengurusan Pelancong/ Pemandu Pelancong (Penterjemah)/ Pegawai Bahasa Hotel
Program ini bermatlamat untuk membina keyakinan dan membantu keupayaan diri bagi melahirkan graduan yang mempunyai kesedaran dan nilai estetika bagi menanam kefahaman dan penghayatan tentang tradisi dan seni di samping menanam budaya dan keterampilan keusahawanan. Program ini juga bermatlamat untuk menggembleng penggunaan teknologi dalam meningkatkan pengkaryaan.
¿ Elektif : Konservasi Warisan
¿ Elektif : Kesusasteraan Warisan
¿ Elektif : Seni Persembahan
¿ Elektif : Warisan Budaya
Pegawai Seni & Kebudayaan/ Pengurus Seni/ Pegawai Muzium/ Pegawai Arkib/ Pegawai Warisan/ Konservator/ Penyelidik Warisan/ Sejarawan Seni/ Kurator/ Usahawan Seni/ Usahawan Antikuiti/ Artis/ Ilustrator/ Perunding Multimedia
Program Pengurusan Komuniti dengan Keusahawanan Sosial ini direka untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan graduan menjadi pengurus komuniti yang memenuhi kelayakan profesional, berkepimpinan dinamik, inovatif dengan integriti dan nilai etika yang mulia. Kurikulum program ini dibangunkan dengan penglibatan pihak industri secara langsung bagi melahirkan pengurus komuniti yang berkualiti. Oleh itu, ianya memenuhi piawaian program dan kehendak pasaran industri terkini.
Pensyarah/ Penolong pengurus projek/ Pegawai penyelidik/ Pengurus latihan dan pembangunan/ Pegawai pembangunan masyarakat/ Eksekutif latihan/ Eksekutif sumber manusia/ Pegawai pengurusan acara/ Pegawai keusahawanan/ Pegawai klinikal/ Pegawai hak asasi manusia/ Pengurus pembangunan modal insan dan inovasi/ Pegawai korporat dan strategik/ Pegawai perhubungan industri/ Pengurus program/ Pegawai advokasi/ Usahawan sosial/ Pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Program ini direka bentuk untuk membolehkan pelajar menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan komunikasi dan bahasa perniagaan, khususnya dalam Bahasa Inggeris. Pelajar akan didedahkan kepada cara dan teknik berkomunikasi yang berkesan dengan menggunakan Bahasa Inggeris serta menunjukkan kualiti kepimpinan yang tinggi.
Pegawai Strategik Komunikasi/ Pengurus Acara/ Perunding/ Penulis/ Penulis Kreatif/ Perancang Media/ Wartawan/ Pegawai Penerbit/ Penterjemah/ Pegawai Tadbir/ Pegawai Eksekutif/ Pegawai Penyelia/ Usahawan/ Pegawai Pemasaran/ Guru Bahasa/ Pensyarah (Awam & Swasta).
Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian adalah berbeza dengan program lain yang ditawarkan kerana ia bertujuan untuk melahirkan usahawan siswa yang mempunyai attribute keusahawanan, berpengetahuan menguruskan dan mempunyai kemahiran serta kualiti diri yang mencukupi untuk bersaing dalam persekitaran keusahawanan. Pembentukan program ini adalah berdasarkan kepada program 2 + 2 iaitu 2 tahun pembelajaran di Universiti, 1 tahun pembelajaran berasaskan industri dan 1 tahun menjalankan perniagaan sendiri. Kerja kursus dalam program ini tertumpu kepada membina ciri keusahawanan dan kemahiran perniagaan yang diperlukan, tanpa mengkhusus dalam mana-mana industri perniagaan. Selain itu, pelajar juga akan terlibat secara praktikal dalam perancangan perniagaan, perantisan keusahawanan, pembentukan teroka baru dan operasi teroka baru. Melalui kaedah pembelajaran ini, graduan program ini akan diterapkan dengan ciri keusahawanan yang mantap, mempelajari ilmu pentadbiran perniagaan dan aspek pembentukan teroka baru, terlibat dalam aktiviti keusahawanan secara nyata di dalam industri juga mengurus serta menjalankan operasi teroka baru. Graduan akan dilengkapi dengan kualiti keusahawanan, kebolehan dan pemikiran keusahawanan supaya menjadi usahawan siswazah atau graduan keusahawanan. Graduan juga dapat mengaplikasikan pengetahuan ini dengan sikap profesional yang betul dan beretika dalam peningkatan kerjaya mereka.
Usahawan/ Pengurus/ Pegawai Tadbir/ Pegawai Perbendaharaan/ Pegawai Eksekutif/ Pengurus Kewangan dan Perbankan/ Penasihat Kewangan/ Pengurus Kewangan/ Penganalisa Risiko Perniagaan
Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian dapat menyediakan modal insan yang diperlukan dalam industri peruncitan Negara. Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan dalam bidang peruncitan yang holistik, berdaya kreatif, berfikir secara profesional, beretika dan bertindak selaras dengan tuntutan insaniah dalam bentuk persekitaran industri peruncitan sama ada dalam arena tempatan dan juga global. Selain itu, program ini juga akan melahirkan graduan yang mampu mengaplikasikan ilmu pengurusan dan keusahawanan dalam bidang keusahawanan peruncitan serta mempamerkan kompetensi keusahawanan seiring dengan perubahan dan keperluan semasa industri. Di samping itu, graduan program ini dijangka akan mewujudkan enterprise baru yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam bidang peruncitan.
Pegawai KPDNHEP/ Pegawai Agensi Kewangan/ Pegawai FAMA/ Usahawan Francais/ Perunding Perniagaan/ Penganalisis Perniagaan/ Pengurus Pasaraya/ Penyelidik Pasaran/ Pengurus Operasi/ Pensyarah
Program yang direka bentuk dan dicadangkan penawarannya mempunyai kelainan daripada Pentadbiran Perniagaan Kewangan oleh UA dan IPTS yang lain kerana ia mempunyai niche yang tersendiri. Kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan yang holistik iaitu penggunaan kaedah pembelajaran yang berasaskan hasil (outcome based learning) dan permasalahan serta pendekatan pembelajaran dalam industri dijangka akan dapat memberi pengalaman sebenar kepada pelajar. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk menjana graduan yang akan menjadi pakar dalam pengurusan kewangan islam, undang- undang perbankan islam, insurans, pengurusan risiko, usul fiqh dan lain lain.
Pegawai Tadbir/ Pegawai Perbendaharaan/ Pegawai Eksekutif/ Pengurus Kewangan dan Perbankan/ Penasihat Kewangan/ Penganalisa Risiko Perniagaan
Program ini memfokuskan kepada logistik dan perniagaan pengedaran. Program yang direka bentuk dan dicadangkan penawarannya mempunyai kelainan daripada Pentadbiran Logistik dan Perniagaan oleh IPTA dan IPTS lain di negara ini kerana ia mempunyai ¿niche¿ yang tersendiri. Kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan yang holistik iaitu penggunaan kaedah pembelajaran yang berasaskan hasil (outcome based learning) dan permasalahan serta pendekatan pembelajaran ¿dalam industri¿ dijangka akan dapat memberi pengalaman sebenar kepada pelajar terhadap sektor tersebut.
Pegawai KPDNKK/ Pegawai Kastam/ Pegawai Penguatkuasa/ Perniagaan Logistik/ Penganalisis Perniagaan/ Pengurus Pergudangan/ Perunding Perniagaan/ Penyelidik Pasaran
Program ini menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran praktikal yang relevan selari dengan keperluan pasaran kerja dalam bidang Perakaunan. Program yang dibentuk mengikut acuan modul badan profesional ini memberi laluan kepada pelajar untuk memperoleh sijil akauntan bertauliah dengan lebih jelas dan mudah. Rekabentuk program yang unik akan menjadikan program ini pemangkin dalam menyediakan pengetahuan pendidikan dan kemahiran praktikal kepada pelajar. Kaedah pembelajaran adalah berasaskan hasil pembelajaran ¿Outcome Based Education¿ (OBE) yang mana kaedah ini adalah berpusatkan pelajar. Selain itu, pendekatan pembelajaran di industri selama setahun (selama enam bulan di bawah Perantisan Perakaunan dan enam bulan Latihan Industri di ¿Approved Employer¿ ACCA* atau MICPA*) akan memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di dalam bidang Perakaunan. Program ini memberikan hasil pembelajaran yang berkaitan dengan profesion, industri dan disiplin yang terkini. Program akan membina rangkaian atau jalinan kerjasama berterusan di antara pelajar UMK, industri dan badan profesional. Program ini menyediakan platform kepada pelajar mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dari UMK dan sijil professional (ACCA* atau MICPA*) untuk bergelar akauntan bertauliah bagi bersaing dalam pasaran kerja dan memudahkan mereka mendapat peningkatan kerjaya dalam sektor awam dan swasta. Graduan daripada program Perakaunan dengan Kepujian UMK adalah graduan Perakaunan yang memiliki pengetahuan secara teori dan praktikal.*ACCA - The Association of Chartered Certified Accountants *MICPA - The Malaysian Institute of Certified Public Accountants
Pegawai/ Eksekutif Akaun/ Pegawai/ Eksekutif Kewangan/ Juruaudit Dalam/ Juruaudit Luar/ Eksekutif Pengurusan/ Pegawai Bank/ Penyelia Akaun/ Penyelia Cukai/ Penasihat Kewangan/ Penyelaras Kawalan Dalaman/ Perancang Strategik/ Pengurus Kewangan Korporat/ Eksekutif Pentadbiran Muda/ Pengurus Hubungan Industri/ Pegawai Pemasaran/ Pensyarah dan lain-lain.
Program Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) merupakan program terulung Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan yang diwujudkan bertujuan untuk mengembangkan ilmu keusahawanan dan perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada pelajar seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan negara khususnya dalam aktiviti yang berkaitan dengan keusahawanan perdagangan. Program ini menawarkan satu ilmu yang akan memberikan satu pendedahan holistik kepada pelajar tentang dunia keusahawanan dan bagaimana pelajar boleh mencipta peluang perniagaan yang lestari.
Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri/ Pegawai KPDNKK/ Pegawai penguatkuasa KPDNKK/ Usahawan/ Penganalisis perniagaan/ Pelatih Juru akaun/ Pelatih Insurans/ Penasihat Sumber Manusia/ Perunding Pengurusan/ Penasihat Kewangan/ Wakil Jualan/ Eksekutif Jualan/ Penganalisis Kewangan/ Pengurus Operasi/ Pengeluaran/ Penganalisis Pasaran/ Pengurus Perdagangan Antarabangsa/ Penganalisis Kredit dan lain-lain kerjaya yang bersesuaian dengan ijazah sarjana muda yang ditawarkan
Program yang direka bentuk dan dicadangkan penawarannya ini mempunyai kelainan yang signifikan berbanding program hospitaliti atau pengurusan perniagaan yang ditawarkan oleh universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta yang lain. Keunikan program ini terletak pada integrasi elemen keusahawanan strategik dengan pengurusan hospitaliti, yang mewujudkan satu ¿niche¿ tersendiri dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten dalam operasi perkhidmatan, malah berupaya mencipta dan mengembangkan perniagaan dalam sektor hospitaliti secara inovatif dan mampan. Program ini menyediakan asas teori, kemahiran praktikal, serta pendedahan industri yang diperlukan untuk menyertai sektor perkhidmatan, memimpin operasi hotel dan perniagaan, atau menjadi usahawan dalam industri hospitaliti.
Pengurus Hotel; Eksekutif Operasi Hospitaliti; Pegawai Perhubungan Pelanggan; Pengurusan Operasi Makanan dan Minuman; Usahawan Hospitaliti
Program Sarjana Muda Keusahawanan (Kesejahteraan) dengan Kepujian dirangka bagi melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang industri kesejahteraan (wellness industry) dengan penekanan khusus terhadap elemen keusahawanan. Program ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengintegrasikan pengurusan kesejahteraan dengan pembangunan perniagaan, sekali gus membentuk satu bidang pengkhususan yang berfokus dan relevan dengan keperluan industri semasa.
Pengurus Spa; Perunding Pembangunan Spa; Pengurusan Pusat Kecergasan; Perunding Pemakanan; Pengurusan Perkhidmatan Pemakanan; Usahawan Spa, Pusat Kecantikan; Perniagaan Kecergasan
Program Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian direka bentuk untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengurusan pelancongan serta berupaya membangunkan dan mengurus perniagaan berasaskan industri pelancongan secara inovatif dan mampan. Keunikan program ini terletak pada integrasi pengetahuan pelancongan dengan kompetensi keusahawanan, yang membentuk satu bidang pengkhususan tersendiri berbanding program pelancongan konvensional. Program ini melahirkan graduan bukan sahaja bersedia untuk memasuki pasaran kerja, malah berkeupayaan mencipta peluang perniagaan baharu dalam sektor pelancongan.
Pengurusan Agensi Pelancongan; Perancang dan Pembangun Produk Pelancongan; Pegawai Pelancong; Eksekutif Pemasaran Pelancongan; Pengurusan Acara; Pegawai Operasi Pelancongan; Usahawan Pelancongan.
Program ditawarkan kepada calon yang berkelayakan dan mempunyai kecenderungan kepada bidang Sains Alam Sekitar dan Pengurusan Alam Sekitar yang seiring dengan pembangunan pesat ekonomi negara. Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian Alam Sekitar) dengan Kepujian memberi perhatian kepada empat (4) komponen utama iaitu Alam Sekitar Fizikal (air, udara & tanah), Sosiologi Alam Sekitar, Governan/ tadbir urus Alam Sekitar dan Ekonomi Alam Sekitar. Struktur kurikulum program ini direka khas berteraskan sulaman aspek sains, dasar & perundangan, pengurusan, teknologi dan kesejahteraan masyarakat bagi menjamin keseimbangan dan kelestarian persekitaran.
Pegawai Jabatan Alam Sekitar/ Eksekutif Pertanian/ Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran/ Eksekutif di Agensi Meteorologi/ Eksekutif di Syarikat Tenaga/ Eksekutif & Pegawai Alam Sekitar/ Perunding Alam Sekitar/ Eksekutif Makmal Alam Sekitar/ Eksekutif Keselamatan Pekerjaan (Safety Health Officer)/ Eksekutif Kelestarian/ Eksekutif Hygiene.
Analitik alam sekitar ialah program sarjana muda multidisiplin yang menggabungkan prinsip sains alam sekitar, statistik, sains komputer dan analitik data untuk menganalisis, memodelkan dan mentafsir data yang berkaitan dengan alam semula jadi. Graduan program ini mampu untuk memahami fenomena alam sekitar yang kompleks, meramalkan arah aliran masa depan, dan membangunkan strategi pengurusan dan pemuliharaan sumber yang lestari.
Pegawai Sains/ Pegawai Tadbir dan Diplomatik/ Pegawai Kawalan Alam Sekitar/ Pegawai Penyelidik/ Pensyarah (Pendidik)/ Professional Alam Sekitar/ Eksekutif Alam Sekitar (Kelestarian)/ Penganalisa dan pengurus data alam sekitar/ Eksekutif inovasi/ Saintis Alam Sekitar/ Teknologis Alam Sekitar/ Perundingan Alam Sekitar/ Pemodel alam sekitar/ Penilai kesihatan alam sekitar/ Pemantau kesihatan persekitaran industri/ Usahawan Teknologi Alam Sekitar/ Pengurus tekno-keusahawanan/ Usahawan teknologi alam sekitar (Aerial/ Drone/ GIS/ Penderiaan Jauh)/ Aktivis alam sekitar/ Eksekutif konservasi alam sekitar/ Aktivis alam sekitar/ Konservasi dan kelestarian alam sekitar.
Pembangunan program ini bermatlamat untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kepakaran dalam eksplorasi sumber semula jadi bumi bagi menjana sumber kekayaan secara mapan. Pembelajaran meliputi kajian Pemetaan Geologi, Geokimia (untuk menganalisis dan menjelaskan mekanisme dalam batuan dan mineral), Mineralogi, Geofizik (menggunakan fenomena fizik untuk mengkaji struktur dan proses bumi), Geologi Petroleum, Hidrogeologi, Sedimentologi (pembentukan lapisan batuan) Stratigrafi & Sejarah Bumi, Paleontologi (pembelajaran tentang fosil), Kejuruteraan Geologi dan sebagainya.
Pegawai/ Geologis Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar/ Pegawai Geologis Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia/ Pegawai Geologis Jabatan Alam Sekitar/ Pegawai Jabatan Kimia/ Jabatan Kerja Raya/ Jabatan Meteorologi/ Pensyarah/ Industri Petrokimia/ Industri Gas/ Carigali/ Syarikat tenaga
Merupakan satu program ijazah yang seumpamanya di Malaysia yang menggabungkan elemen flora, fauna dan genetik serta mengadaptasi elemen teknologi terkini berkaitan pengurusan sumber asli bagi keseimbangan ekologi, ekonomi dan sosial serta memastikan kekayaan sumber asli turut terjaga. Mengadaptasi program 3+1 dalam kurikulum bagi pelajar melaksanakan 1 tahun latihan industri di mana-mana industri yang berkaitan dari dalam dan luar negara.
Pegawai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar/ Pegawai Pertanian/ Pegawai PERHILITAN/ Pensyarah/ Pengusaha Taman Pertanian/ Pengurus Taman Geopark/ Agronomi/ Usahawan bidang eko-pelancongan/ Eksekutif Rekabentuk Landskap/ Eksekutif Konservasi/ Perunding Biodiversiti/ Arborist/ Eksekutif Produk berasaskan Sumber Asli/ Eksekutif Pengurusan Serangga Perosak/ Pengurus dan Pembantu Pengurus Perladangan.
Program ini direka bentuk untuk membolehkan pelajar mengaplikasi pengetahuan asas Teknologi Maklumat seperti prosedur, proses, sistem dan metodologi dalam bidang Kecerdasan Buatan, Sains Data dan bidang yang berkaitan.
Usahawan Digital/ Pengaturcara/ Jurutera Perisian/ Penganalisis Sistem/ Pembangun Aplikasi/ Eksekutif IT/ Pentadbir Pengkalan Data/ Pentadbir Sistem/ Pakar Sokongan Komputer/ Jurutera Sistem/ Pembangun Sistem Web/ Pereka Bentuk AI/ Jurutera AI/ Jurutera Robotik/ Jurutera Pembelajaran Mesin/ Jurutera Penglihatan Komputer/ Pembangun Kepintaran Perniagaan/ Pakar Kecerdasan/ Penganalisis Data AI/ Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan/ Saintis Data/ Pakar Visualisasi Data/ Pakar Data Analitik/ Pembangun Platform & Peralatan Sains Data/ Arkitek Data/ Penganalisis Permodelan
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Tenaga dengan Kepujian adalah program dengan mod kerja kursus dan mod industri yang bermatlamatkan untuk melahirkan graduan pengurusan tenaga, tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi penukaran tenaga berteraskan teknopreneur untuk penjanaan ekonomi negara. Program ini mengadaptasi kerangka ¿Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Curriculum, FRC), ¿Industry Driven Experiential Learning (IDEAL)¿ dan ¿Research Infused Experiential Learning (REAL)¿dalam elemen struktur kurikulum, penyampaian pembelajaran, pengajaran dan pentaksiran. Selain itu, program ini menekankan pengetahuan kesihatan, keselamatan dan pengurusan alam sekitar bagi industri tenaga, selaras dengan bidang tujahan Sustainable Development Goal (SDG) seperti Affordable and Clean Energy (No. 7), Climate Action (No. 13) dan Responsible Consumption and Production (No. 12) serta menyokong dan merealisasikan Dasar Tenaga Negara 2022-2040, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), 2023 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (PIPB 2030).
Penganalisis Sistem Tenaga/ Perancang Tenaga/ Teknologis Tenaga/ Teknologis Utilitis/ Pengurus tenaga bertauliah (certified energy manager)/ Pemaju perisian pengurusan tenaga/ Pembuat dasar tenaga/ Grid-connected Solar Pv Systems Design Qualified Persons (QPS)
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Produk Agro) dengan Kepujian adalah program berasaskan teknologi yang ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk mempelajari pelbagai aspek pembangunan produk agro bermula dari penyelidikan saintifik ke atas bahan mentah dan teknologi pemprosesan hingga ke produk sedia untuk dipasarkan yang melibatkan rekabentuk produk, pembungkusan dan pelabelan, pendaftaran produk serta pengurusan. Struktur program memberikan penekanan dalam melahirkan graduan serba boleh yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menghasilkan inovasi terhadap produk agro terutamanya produk makanan dan minuman, serta produk bukan makanan seperti kosmetik dan sisa agro yang memenuhi keperluan semasa, berkualiti, selamat dan menepati standard pengkomersilan. Pelajar dari program ini didedahkan dan dilatih dengan pelbagai kemahiran keusahawanan seperti kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan bagi membantu mereka menubuhkan perniagaan sendiri. Pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan produk agro juga diakui sebagai salah satu kemahiran pekerjaan kritikal negara yang boleh membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor awam dan swasta.
Pegawai Jaminan Kualiti/ Pegawai Kawalan Kualiti/ Pegawai Teknikal dan Pembuatan/ Pegawai Pembangunan Produk/ Pegawai Pemprosesan Produk Agro atau Makanan/ Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan Produk/ Usahawan Produk Agro/ Pegawai Sains/ Pegawai Penyelidik/ Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi/ Pegawai di Sektor Awam seperti MARDI, JAKIM (Pensijilan Halal) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Jaminan Makanan) dengan Kepujian adalah program ijazah sarjana muda pertama dan satu-satunya yang ditawarkan di Malaysia seumpamanya, bagi mempersiapkan graduan untuk menguruskan isu sekuriti makanan secara holistik. Reka bentuk program ini selaras dengan Dasar Keselamatan Makanan Malaysia bertujuan memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan berterusan untuk negara ini. Program ini bertujuan untuk mendidik graduan dengan kemahiran saintifik, pemikiran keusahawanan dan mempersiapkan graduan sebagai seorang profesional dan kompeten dalam bidang pelbagai disiplin. Graduan dalam program ini akan diberi pendedahan lengkap mengenai aspek huluan dan hiliran dalam sektor agroteknologi. Program ini merangkumi bidang agroteknologi, sains haiwan, akuakultur dan makanan dalam satu program. Ini membolehkan pelajar memperoleh pemahaman mengenai tanaman dan sistem pengeluaran haiwan untuk kelestarian sumber makanan di Malaysia. Selain itu, graduan akan didedahkan dengan teknologi terkini dalam pemprosesan makanan dan keupayaan untuk mengubah sumber makanan menjadi produk makanan mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Pegawai Teknologi Makmal/ Pegawai Pertanian/ Penyelidik di universiti-universiti dan institusi penyelidikan/ Pegawai Kawalan Kualiti/ Pengawai Jabatan Perikanan/ Pegawai Sains/ Pegawai di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/ Penolong Pengurus Projek/ Pengurus Syarikat Perladangan/ Pengurus Syarikat Penternakan Haiwan/ Usahawantani/ Eksekutif pemasaran
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Mineral dengan Kepujian adalah program pengajian yang akan dilaksanakan secara mod industri dan berfokuskan kepada bidang teknologi sumber mineral yang mencakupi sub-bidang perlombongan dan pemprosesan mineral. Program ini akan melibatkan kerjasama akademik antara UMK dan pelbagai industri sumber mineral di Malaysia. Program ini mengadaptasi kerangka ¿Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Curriculum, FRC), ¿Industry Driven Experiential Learning (IDEAL)¿ dan ¿Research Infused Experiential Learning (REAL)¿ dalam elemen struktur kurikulum, penyampaian pembelajaran, pengajaran dan pentaksiran. Selain itu, program ini turut menekankan pengetahuan kesihatan, keselamatan dan pengurusan alam sekitar bagi industri sumber mineral, selaras dengan bidang tujahan Sustainable Development Goal (SDG) seperti Good Health and Well-Being (No. 3), Clean Water and Sanitation (No. 6), Climate Action (No. 13) dan Responsible Consumption and Production (No. 12) serta menyokong dan merealisasikan Dasar Mineral Negara 2, Pelan Transformasi Industri Mineral (TIM 2021 ¿ 2030) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (PIPB 2030).
Pengurus/ Penyelia/ Pegawai/ Eksekutif Lombong, Pengurus/ Penyelia/ Pegawai/ Eksekutif Alam Sekitar, Metalurgis, Teknologis Bahan dan Metalurgi, Pegawai/ Eksekutif Reka Bentuk Produk berkaitan Logam dan Mineral,Teknologis Pengeluaran
Program Sarjana Muda Teknologi Bioindustri dengan Kepujian akan memberikan peluang untuk pelajar menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran sains dan teknologi yang selaras dengan dasar kerajaan dan aspirasi rakyat dalam memodenkan sektor pertanian berteraskan industri dan biologi gunaan. Bioindustri dijangka akan menjadi salah satu daripada enjin utama untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara selari dengan perkembangan bidang bioteknologi negara. Perkembangan ini adalah selaras dengan matlamat dasar bioteknologi kebangsaan yang menekankan kepada kepentingan bioteknologi industri berasaskan sumber biologi. Program ini akan menjadi pemangkin untuk membolehkan industri berasaskan sumber biologi digembelengkan sepenuhnya setanding dengan industri pembuatan yang lain, atau mengambil alih proses kimia yang tidak ekonomi dan menjejaskan alam sekitar. Penawaran program Teknologi Bioindustri adalah sangat relevan dengan Revolusi Industri ke-4, yang mana bioteknologi adalah salah satu tujahan utama. Graduan dari Program Teknologi Bioindustri mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam sektor awam mahu pun swasta.
Pegawai Penyelidik/ Pegawai Sains/ Pegawai Kawalan Kualiti/ Pensyarah/ Pendidik/ Pegawai pertanian/ Pegawai Kawalan Kualiti/ Pegawai Jaminan Kualiti/ Pegawai Teknikal (Instrumen)/ Perunding Produk/ Usahawan Produk Berasaskan Biologi dan Agro
Program Sarjana Muda Teknologi Bahan Industri dengan Kepujian bermatlamat untuk menghasilkan para graduan yang berkemahiran tinggi dan bijak mengeksploitasi sumber dan menjadikan suatu bahan berguna untuk diaplikasikan dalam industri. Program ini memberi tumpuan kepada pemilihan, pembangunan dan pemprosesan pelbagai bahan seperti logam, seramik, polimer dan komposit dengan ciri-ciri yang lebih baik bagi tujuan inovasi dan pembangunan. Penekanan penggunaan bahan dalam industri pembuatan negara seperti bidang automotif, minyak dan gas, elektronik, nanoteknologi, penukaran tenaga dan perubatan akan diberikan kepada pelajar. Pendedahan kepada pelajar terhadap kemajuan bahan ke arah teknologi 4.0 akan memberikan pelajar lebih berdaya saing dalam bidang pekerjaan.
Teknologis Kualiti Produk/ Teknologis Bahan Elektrik dan Elektronik/ Teknologis Kimpalan dan Penyambungan/ Teknologis Seramik/ Teknologis Polimer/ Pegawai Penyelidik Bahan/ Perunding Bahan/ Eksekutif Teknikal Jualan/ Usahawan Produk Berasaskan Logam, Seramik, Polimer dan Komposit
Program Sarjana Muda Teknologi Sumber Hutan dengan Kepujian menekankan penggunaan sumber hutan secara efisien bagi memastikan kelestariannya. Pelajar akan didedahkan dengan kursus seperti asas-asas perhutanan, pengecaman spesies kayu, silvikultur, dendrologi, tumbuhan herba, tenaga bio-sumber hutan, teknologi pulpa dan kertas, dan juga penghasilan produk daripada sumber hutan. Kursus-kursus ini juga dimasukkan unsur teknologi 4.0 supaya pelajar dapat berdaya saing dengan perubahan terkini yang berlaku dalam landskap industri sumber asli. Pelajar juga akan diterapkan dengan elemen-elemen keusahawan dan kemahiran dalam memperkasakan sumber hutan untuk tujuan penghasilan produk berasaskan kayu berteknologi tinggi tanpa meminggirkan aspek kelestarian.
Teknologis Kayu/ Pereka Perabot/ Eksekutif QA/QC/ Teknologis Komposit/ Pegawai Sains/ Pegawai Penyelidik/ Eksekutif Teknikal Jualan/ Perunding Produk/ Usahawan Produk Berasaskan Sumber Hutan
Program ini bermatlamat menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan yang mendalam, kemahiran pelbagai, kemahiran pemikiran kritis, kreativiti dan inovasi dalam bidang senibina landskap dan antara disiplin, pemahaman kontekstual, keusahawanan dan profesionalisme yang akan menyumbang dalam bidang alam bina. Program ini juga bertujuan melengkapkan graduan dengan kemahiran untuk mengamalkan senibina landskap termasuk pemahaman tentang teknologi, konteks profesional, budaya dan rekabentuk landskap di mana kemahiran boleh digunakan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.
Arkitek Landskap/ Pensyarah/ Pendidik/ Tutor/ Pegawai Penyelidik/ Pegawai Tadbir Diplomatik/ Pegawai Senibina Landskap/ Perunding/ Usahawan dalam Industri Landskap/ Penyelia Tapak/ Pakar Model Kesenibinaan/ Pelukis Pelan/ Jurufoto Kesenibinaan/ Kontraktor Landskap.
Program ini bermatlamat menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan yang mendalam, berkemahiran pelbagai, memiliki pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam bidang senibina serta antara disiplin, pemahaman kontekstual, keusahawanan dan profesionalisme yang akan menyumbang kepada bidang alam bina. Program ini juga bertujuan melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengtahuan untuk mengamalkan senibina termasuk pemahaman tentang teknologi, konteks profesional, budaya dan senibina di mana kemahiran boleh digunakan dengan cara yang kreatif dan komprehensif serta dalam melengkapkan graduan untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang senibina.
Pembantu Arkitek/ Pensyarah/ Pendidik/ Tutor/ Pegawai Penyelidik/ Pegawai Tadbir Diplomatik/ Pembantu Pegawai Senibina/ Pereka/ Pengurus Projek Pembinaan/ Koordinator Projek Pembinaan/ Penyelia Tapak/ Perunding Rekabentuk/ Pereka Dalaman/ Pakar Model Kesenibinaan/ Pelukis Pelan/ Jurufoto Kesenibinaan.
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Penternakan) Dengan Kepujian bertujuan melahirkan graduan yang memiliki kemahiran dalam pengurusan dan teknikal dalam bidang pengeluaran ternakan. Aktiviti pengeluaran ternakan ini termasuklah haiwan ruminan, poltri, khinzir dan juga ternakan akuakultur. Program ini turut menerapkan elemen keusahawanan serta pemerkasan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan yang selari dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 untuk meningkatkan pembangunan benih dan baka berimpak tinggi, mengenalpasti makanan haiwan alternatif yang berpotensi serta meningkatkan pengeluaran ternakan. Kurikulum program ini turut disokong dengan ilmu yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan veterinar dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengeluaran haiwan ternakan. Sebagai tambahan, dalam usaha untuk mengukuhkan industri ternakan, graduan turut didedahkan dengan industri haiwan peliharaan sebagai menyokong aktiviti perladangan dan pengeluaran dalam industri aneka haiwan untuk tujuan pengeluaran makanan dan rekreasi. Program ini turut menekankan pelbagai disiplin lain dalam sains pengeluaran ternakan yang merangkumi silibus pengurusan ladang, perancangan perniagaan penternakan, ekonomi dan pemasaran penternakan. Bidang-bidang ilmu ini membolehkan graduan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam perniagaan tani terutamanya dalam pemprosesan makanan dari sumber haiwan. Seterusnya, graduan program ini juga berkebolehan dalam memberikan khidmat profesional dalam mengendalikan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pengeluaran ternakan menggunakan sains dan teknologi terkini untuk mencapai pembangunan amalan penternakan lestari.
Pensyarah di Institut Pengajian Tinggi dan Politeknik/ Pegawai Penyelidik/ Pegawai Sains/ Pegawai Pertanian/ Pegawai Akuakultur/ Pegawai Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun/ Konsultan Pertanian dan Penternakan/ Konsultan Alam Sekitar/ Pegawai Kawalan Kualiti/ Perniagaantani/ Keusahawanan dan Sevis Eko Pelancongan/ Pegawai Pemuliharaan (conservationist)/ Pegawai Eksekutif dalam Perkhidmatan Veterinar dan Perkhidmatan Teknikal/ Pengusaha Makanan Ternakan.
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) dengan Kepujian menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dalam bidang pertanian dan industri berkaitan. Program ini memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi dan sains untuk meningkatkan amalan pertanian dan meningkatkan hasil tanaman. Pelajar akan diajar dengan kemahiran teori dan praktikal serta pengetahuan tentang sains tumbuhan dan tanah, pengurusan perosak, sistem pengairan dan aspek lain dalam pertanian moden. Salah satu faedah utama program ini ialah fokusnya pada aplikasi teknologi dan sains untuk menambah baik amalan pertanian. Ini bermakna bahawa graduan akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk meneruskan kerjaya dalam pelbagai disiplin seperti perniagaan tani, penyelidikan dan pembangunan, dan bidang lain dalam sektor pertanian. Selain kemahiran praktikal yang akan diperoleh, program ini juga menawarkan banyak peluang pembelajaran secara langsung, termasuk latihan amali, latihan industri dan projek penyelidikan. Ini akan membolehkan graduan mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan agromakanan tempatan, serantau, negara dan global. Graduan dengan ijazah ini mempunyai pelbagai peluang kerjaya yang tersedia untuk mereka. Beberapa pilihan pekerjaan yang berpotensi termasuklah jawatan dalam perniagaantani, pendidikan, perundingan, penyelidikan dan pembangunan, dan bidang lain dalam industri pertanian. Kerjaya seperti ini mementingkan penggunaan teknologi dan sains untuk memperbaiki amalan pertanian, meningkatkan kecekapan, dan mengukuhkan projek tanaman atau industri asas tani. Sebagai tambahan, graduan dalam program ini juga sangat sesuai untuk terlibat dalam aktiviti perundingan alam sekitar, pemprosesan makanan, dan juga kerjaya bioteknologi lain dalam sektor berkaitan. Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi ini secara tidak langsung dapat melahirkan profesional yang berkepakaran dalam bidang yang diceburi.
Konsultan Pertanian dan Penternakan/ Konsultan Alam Sekitar/ Pegawai di syarikat perniagaantani/ Pakar Pengairan/ Pakar Pengurusan Penyakit Tanaman/ Eko Pelancongan/ Pegawai Pemuliharaan (conservationist)/ Pegawai Eksekutif dalam Perkhidmatan Pertanian dan Teknikal/ Pengusaha Benih Kultur Tisu/ Pengusaha Agroteknologi/ Perunding Pensijilan Kelestarian/ Perunding Governans Pertanian/ Pemprosesan Produk Agro/ Pilot Dron Pertanian/ Pensyarah di institut pengajian tinggi/ Ahli Agronomi/ Pegawai Penyelidik/ Pegawai Sains/ Pegawai Pertanian/ Pegawai Perikanan/ Pegawai di pelbagai Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam Perubatan Veterinar, teknik pengenalpastian penyakit, kaedah perawatan, pencegahan dan pengawalan penyakit dan semua kaedah untuk memastikan kesihatan haiwan menjadi keutamaan dalam industri berasaskan haiwan.
Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan atau Ternakan/ Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar/ Pegawai Veterinar Jabatan PERHILITAN/ Pegawai Veterinar Zoo/ Usahawan Tani/ Pengurus Ladang Ternakan/ Pakar Khidmat Nasihat Farmaseutikal Haiwan/ Pakar Khidmat Nasihat Pemakanan Haiwan/ Pegawai Penyelidikan/ Pensyarah Universiti